Ahad, 16 Ogos 2009

Syukur

Aku mengadu kepada kawan-kawan mengatakan aku boring. Tetapi kawanku menyuruh aku bersyukur dengan apa yang aku ada.

Nasihat itu begitu terkesan kepadaku, melebihi nasihat yang ustaz berikan. Aku mula berfikir sebenarnya telah banyak yang dikurniakan Allah kepadaku.

Aku mula mempraktikkan dengan melihat kepada orang yang kurang bernasib baik dariku. Baru aku sedar nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Keinginan kepada sesuatu tanpa diiringi dengan usaha untuk memilikinya membuatkan kita berasa putus asa, rasa iri kepada orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah.

Oleh itu bersyukurlah ubat yang paling mujarab sebelum kurnia yang sama atau lebih baik dikurniakan kepada kita.

Tiada ulasan: