Ahad, 16 Ogos 2009

Sibuk

Manusia sering mengadu sibuk. Tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan dan sebagainya. Tidak cukup masa itu sangat misteri sifatnya. semisteri kewujudan masa itu sendiri.

Sama ada kita sedari ataupun tidak wujudnya masa adalah akibat daripada wujudnya peringkat-peringkat dalam hidup kita. Hatta kita berkelip matapun prosesnya melibatkan peringkat-peringkat tertentu.

Allah mencipta masa sebagai ujian kepada kita semua. Masa boleh menjadi bahan laknat dari Allah juga. Tanda Allah melaknat kita dengan masa adalah kita sentiasa tiada masa untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Tetapi terhadap perkara-perkara yang buruk, kita berkelapangan untuk beraktiviti dengannya. Tidak hairanlah masa menentukan kedudukan kita sama ada di syurga atau neraka.

Moga-moga Allah jauhkan diriku ini dari masa yang menuju ke neraka. wana'uzubillah

Tiada ulasan: